1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana
itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam
bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap
lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang
mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai
sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang
menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa
yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza
daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah
lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya
berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa
hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang
sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti,
tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang
lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan
untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya
babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir
secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap
lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya,
mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka
mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke
akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau
perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka
membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang
kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan
wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan
peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian
rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang
tinggi.
7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita
lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi
secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting
bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk
bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin
dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga
apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik
lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan
oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan
teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat.
Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan
sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita
harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak
kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.
10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam
kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi
bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.
Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika
nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego
lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya
akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia
akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap
isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti
ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau
meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan
kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
P/S: Yuz harap anda dapat menggunakan tips-tips ini dalam
kehidupan anda untuk lebih memahami kaum adam..:)
No comments:
Post a Comment